Cinta? Apa itu erti CINTA? Kau pernah bercinta? Pernah date dengan couple kau? Mesti best kan? Pernah ada salah faham? Tapi korunk dah berbaik kan? Aku? Aku tidak pernah bercinta. Ye, hampir-hampir itu ada. Sekarang aku rasa aku dilamun cinta. Namun begitu aku tidak pasti sama ada orang yang aku cintai turut merasai apa yang ku rasa. Aku harap dia sudi letakkan aku dalam hati dia walaupun hanya sekadar sementara waktu kerna aku benar-benar mahu mengenali erti cinta. Maaf, aku terpaksa rahsiakan siapa dia. Biarlah aku dan mungkin dia sahaja yang tahu. Di sebalik angan-anganku mahu terjebak dalam dunia percintaan, tiba-tiba aku disedarkan dengan beberapa kesan buruk bercinta. Aku rasa tidak perlu aku menulisnya di sini. Semua sudah tahu. Sebab itu aku takut untuk bercinta
selain faktor muka au yang hodoh..hohohoho. Sebagai seorang remaja, aku turut ingin merasai CINTA SEJATI bukan cinta monyet seperti segelintir remaja. Terkadang aku rimas melihat cinta monyet. Lagi 2-3 bulan putus cinta ! Adakah cinta merupakan satu permainan? Apabila kalah cari pasangan yang lain seperti melayan nafsu serakah. Au tidak sebegitu rupa. Aku mencari seseorang yang sudi bersama aku sepanjang waktu dan sudi mendengar segala kisah aku yang membosankan. Aku percaya suatu hari nanti, aku akan menemui CINTA SEJATI yang aku maksudkan. Yakin pada diriku ini! Jika dia ditentukan untukku, aku terima seadanya
HABIS JIWANG ENTRY AKU KALI INI
:)