Friday, 2 December 2011
SATU
Sains Form 4. Aku dah study sampai bab 4 (2 bab je yang aku baca betul-betul). Topik yang aku pelajari agak menarik. DNA, drug abuse, proton etc. Terkadang aku terfikir juga nak ambil pure sains, akan tetapi tahap pemikiran aku dalam bidang sains menghalang segalanya. Aku lebih suka Matematik sebab banyak kira-kira dan aku suka kira-kira apatah lagi bila dikemukan soalan yang sangat memerlukan ketajaman akal untuk menyelesaikan satu masalah. Makanya aku akan meneruskan pengajian aku di alam persekolahan menengah atas dalam aliran PERAKAUNAN. Antara killer subjek. Pada pendapat aku yang masih berumur 15 tahun, aku rasa semua subjek tidak susah, cuma pemikiran mereka di luar sana yang begitu sempit mengatakan subjek seperti Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan begitu susah. Aku akui dan tidak dinafikan amat susah untuk menguasai subjek tersebut. Namun begitu, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Jadi, pada tahun hadapan, hidup aku akan bergelumang dengan nombor; tambah tolak darab bahagi kuasa positif negatif. Aku begiotu teruja untuk mula belajar. Nafsu aku membuak-buak. Ye, aku nak belajar. 2 tahun sahaja untuk akan menghabiskan sisa kehidupan aku di alam persekolahan. Aku mahu buat yang terbaik ! NOTHING IS IMPOSSIBLE and IMPOSSIBLE IS NOTHING.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment